** Resepi bukan HAK MILIK saya, saya hanya berkongsi sahaja.
| Bukan gambar hiasan, ni HAK MILIK saya. :) |
Bahan-bahan :
250g butter (golden churn / anchor / butter & etc)
200g gula kaster (kurangkan, saya tak pernah letak 200g, dlm 150g pun ok dah kot )
250g tepung naik sendiri (bluekey , apa2 jenama pun boleh!)
4 biji telur ayam
sedikit susu UHT (kadang2 saya guna susu tepung biasa "everyday'' @ susu manis)
Cara membuat :
1. Gaulkan butter dan gula kaster dengan handmixer sehingga putih dan lembut.
2. Masukkan telur dan di selang-selikan dengan tepung.
3. Campurkan sedikit susu UHT supaya adunan anda menjadi cair. Agak-agak la, jangan cair sangat, kang lain yang jadi yerr. :)
4. Bakar dalam 40 minit pada suhu 180*C.
p.s - saya dah cuba macam-macam, letak kismis, chocolate chips @ rice .. okay jer.. :)

0 food taster:
Post a Comment