Kek Keju Malaysia

Salam...


Nama asal kek ni , Kek Keju Amerika. Saje jer g ubah nama tu. hehe.


Bahan :


- 1kg keju krim
- 250g gula halus
- 6 biji telur
- 3 biji kuning telur
- 50g susu cair
- 85 krim putar (yang ni tak tau plak, 85 ape? hehe)




Cara membuat :


1. putar keju krim bersama gula halus.
2. masukkan sebiji demi sebiji telur, putar sehingga lembut.
3. masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, putar lagi.
4. tuang perlahan-lahan susu cair dalam adunan bersama krim putar. kacau sehingga sebati.
5. ratakan adunan dalam tin bakar.
bakar adunan menggunakan kaedah 'double boiler' @ dilapik bekas berisi air, pada suhu 170*C.
6. hias kek ikut cita rasa. 


siap!!

Ayam Kurma


Gambar hiasan - google

Bahan A

- 1 ekor ayam
- 5 sudu besar rempah kurma
- 3 biji kentang (potong 4)
- 1 labu bawang besar (potong 4)
- 1 biji tomato
- 2 biji lada hijau (potong 2)
- 2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
- 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
- Minyak masak
- Garam

Bahan B

- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2cm kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga


Cara membuat

1. Panaskan minyak. Tumis bahan hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata hingga naik minyak.
3. Masukkan santan, kacau rata dan biarkan mendidih.
4. Masuk ayam + kentang, biarkan hingga mendidih dan pekat.
5. Masuk garam dan jus limau, perlahankan api.
6. Masuk cili hijau, bawang besar dan tomato yg dah di potong dan biarkan hingga pekat. 
7. Dah siap! Boleh dihidangkan.








 Boleh juga gantikan santan dengan susu cair @ yogurt asli

 Bagi menambahkan rasa sedap, boleh masukkan kacang tanah yang digoreng dan di tumbuk halus.

Kerutub Ayam

Salam...
Gambar hiasan - google

Bahan A

- 1 ekor ayam
- 4 sudu besar rempah kerutub
- 2 cawan santan (1/2 biji santan)
- 1 sudu besar gula merah
- 1 sudu besar kerisik
- 3 sudu besar minyak masak bg menumis

Bahan B (dikisar)

- 100g bawang merah goreng
- 2 biji buah keras
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 3 batang serai
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih


Cara membuat 

1. Tumiskan bawang yg dikisar hingga garing
2. Masukkan rempah dan kacau hingga sebati
3. Masukkan ayam, kerisik, garam, gula, dan santan. Biarkan hingga mendidih.
4. Masak hingga pekat dan ayam menjadi lembut.
5. Pastikan kacau sekali-sekala. Hidang bersama nasi @ roti.








 Rempah kerutub di pasaran boleh digantikan dengan 2 sudu besar rempah kari yang dicampurkan dengan 2 sudu besar rempah kurma.

 Khasiat lada hitam sesuai bagi ibu bersalin kerana dapat memanaskan ibu bersalin dan meredakan sakit kepala.

 Lebih lama bahan diperap, lebih terasa kesedapannya.

 Ayam bakar sesuai untuk orang yang lepas bersalin.