** resepi bukan HAK MILIK saya, saya hanya berkongsi sahaja.
![]() |
| **gambar hiasan |
Bahan A
1 ekor ayam (di potong 4 bahagian)
3 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu kecil gula
1 sudu besar halba
garam secukupnya
Bahan B
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia (agak-agak la)
5 batang serai
Cara membuat
1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaulkan dengan garam.
2. Masukkan ayam dalam kuali bersama bahan yg dikisar, santan, halba dan asam jawa hingga sederhana masak (hingga kuahnya tinggal sedikit). Pastikan rempah sebati dengan ayam.
3. Letakkan ayam atas pemanggang dan bakar atas dapur hingga nampak garing.
4. Hidang dan hias bersama salad.
**info: buku


0 food taster:
Post a Comment